Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Kanak-kanak mangsa pertama banjir di Pasir Puteh ditemukan maut

  • Published in Berita Semasa

PASIR PUTEH - Banjir di Kelantan juga mencatat korban pertama.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhamad Eilham Hasmadi lemas selepas tergelincir dari atas titi kayu di tali air ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat ikan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt. Mohd Azmir Damiri, Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung kira-kira pukul 8 pagi tadi kira-kira 400 meter dari tempat mangsa terjatuh sebelum dihantar ke hospital.I

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.