Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Banjir Miri: Sekolah Kebangsaan Sungai Bong, Tinjar dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat

  • Published in Berita Semasa

MIRI - Di Miri, Sekolah Kebangsaan Sungai Bong, Tinjar dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat pada 5 petang tadi

Namun, beberapa kereta milik kakitangan sekolah sempat dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.

 Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong dalam kenyataannya memberitahu, paras air naik antara 0.02 meter hingga 0.58 meter.

Banjir kilat itu menjejaskan beberapa bahagian sekolah itu antaranya, blok pentadbiran, kuarters guru besar, asrama dan bilik mandi asrama termasuk pondok keselamatan.

Tambah Law Poh Kiong, sekolah berkenaan tidak beroperasi kerana cuti sekolah hujung tahun namun ketika ini, terdapat seorang guru dan lapan orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di sekolah.

SK Sungai Bong mempunyai 107 orang murid tahun satu hingga tahun enam, murid pra sekolah 16 orang, guru 13 orang dan AKP seramai 9 orang.

Laporan tesebut diterima daripada Guru Besar SK Sungai Bong, Juk Anyie.