Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Jumlah penduduk yang terjejas banjir di Kelantan catat peningkatan kepada 9,800 orang, setakat malam tadi

  • Published in Berita Semasa

KUALA KRAI - Jumlah  penduduk yang terjejas banjir di Kelantan mencatat peningkatan kepada 9,800 orang, setakat malam tadi

Mereka kini berada di 83 Pusat pemindahan sementara PPS yang mula beroperasi sejak Jumaat lalu.

Menurut aplikasi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pertambahan penduduk melibatkan jajahan Pasir Mas dan Kuala Krai.

Pasir Mas kekal tertinggi dengan 5,751 orang melibatkan 2 Ribu 268 keluarga yang berada di 28 PPS.

Ia di ikuti Kuala Krai seramai SERIBU 7 penduduk daripada 253 keluarga di tempatkan di 20 PPS.

Penduduk terjejas yang ditemui menyuarakan kegembiraan mereka apabila kebajikan mereka yang terkesan dengan bencana diberi perhatian kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Menurut Penghulu Kampung Chuchoh Puteri, Zakri Zakaria, kejadian tersebut menyebabkan lebih 60 buah rumah penduduk di Kg Chuchoh Puteri A ditenggelemi banjir.

Mereka di tempatkan di dua PPS iaitu di Pusat Komuniti dan Masjid chucuh puteri A