Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Temasya Sukan Sea Filipina 2019 : Skuad negara kekal raja Asia Tenggara

  • Published in Berita Semasa

MANILA - Temasya Sukan Sea Filipina.

Hari gembira buat kontijen negara apabila berjaya menambah enam pingat emas setakat aksi petang tadi.

Antara melalui acara bola jaring.

Bagaimanapun, pasukan bola jaring Malaysia dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya mempertahan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu menundukkan seteru utama Singapura, 48 berbalas 42.

Sebaik bermula suku pertama Singapura terus mengasak kubu Malaysia dengan corak permainan pantas untuk mendahului satu mata di depan 13-12.

Memasuki suku kedua, jurulatih kebangsaan Tracey Robinson mengubah taktikal untuk mengimbangi corak agresif Singapura, menyaksikan Singapura tetap berjaya mengikat mata 21 sama.

Memasuki suku ketiga, Robinson sekali lagi mengatur kembali barisannya, termasuk memasukkan Karisma S Loganathan selaku pemain tengah dan An Najwa Azizan selaku shooter membuahkan hasil.

Hasilny, Malaysia mendahului 40-30.

Singapura cuba bangkit di suku ke-4, namun ketangkasan jentera serangan yang diketuai An Najwa Azizan terus merobek jaring Singapura untuk sekali lagi mempertahan emas dengan kemenangan, 48-42.

Perak kekal milik Singapura manakala Thailand dan Brunei gangsa.