Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Penghijrahan luar bandar, modal insan antara usaha yang diperkasa

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Walaupun angka penghijrahan luar bandar masih rendah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetap komited melaksanakan strategi menyeluruh bagi menangani isu berkenaan.

Perancangan selain pembangunan infrastruktur itu dilaksana, berdasarkan Laporan Survei Migrasi Malaysia 2018 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar migrasi dari luar bandar ke bandar adalah 4.8%.

Manakala, bandar ke luar bandar, kadarnya 19.5%.

Menteri, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjelaskan, kementerian telah memberi tumpuan kepada usaha memperkasa modal insan luar bandar, menerusi penganjuran program kemahiran dan latihan keusahawanan.

Sebagai memberi penjelasan kepada jawapan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad, Datuk Seri Rina turut menyatakan bagi menyokong program DesaMall@KPLB, kerjasama strategik bakal dilaksana bersama beberapa agensi kerajaan, bagi meningkatkan kemudahan capaian internet di kawasan luar bandar.