Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Kanak-kanak lelaki korban pertama banjir di Kelantan

  • Published in Berita Semasa

KELANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun menjadi korban pertama banjir di Kelantan.

Muhamad Ilham Hasmadi, yang dikhuatiri lemas petang semalam di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh ditemui maut pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Petang semalam, Muhamad Eilham dilaporkan terjatuh dari jambatan ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat.

Mangsa tergelincir ketika arus deras selain hujan.