Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Banjir kilat landa Melaka tengah, 20 kenderaan terperangkap

  • Published in Berita Semasa

Melaka - hujan lebat berterusan bermula jam 5:30 petang menyebabkan beberapa kawasan di Melaka Tengah dinaiki air sedalam hampir 1 meter.

Selain kawasan perumahan, pusat beli belah dan jalan utama juga terjejas.

Pengarah Pertahanan Awam Melaka, Leftenan Kolonel Effendy Ali berkata, antara kawasan dinaiki air termasuk Kampung Tun Razak, Taman Seri Jati, Taman Bukit Beruang dan Kampung Sungai Putat.

Sehingga jam 9 malam, tiada Pusat Pemindahan Sementara, PPS dibuka memandangkan keadaan masih terkawal.

Bagaimanapun, agensi terlibat menangani banjir diarah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.

Selain perumahan penduduk, 20 kenderaan di dua pusat beli belah di Ayer Keroh turut ditenggelami banjir kilat.