Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Banjir di Kelantan : Lebih 5,000 penduduk di 51 PPS

  • Published in Berita Semasa

KELANTAN - Situasi banjir di 2 negeri pantai timur bertambah buruk apabila terdapat 148 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, manakala 10,000 penduduk telah terjejas.

Berdasarkan Info Bencana JKM di Kelantan terdapat 51 PPS dibuka melibatkan 5,491 orang.

Di Pasir Mas terdapat 3,231 orang dengan 970 keluarga.

Mereka di tempatkan di 18 PPS.

Di Kota Bharu pula terdapat 739 orang di 7 PPS.

Mereka terdiri daripada 209 keluarga.

Di Tanah Merah melibatkan 284 penduduk daripada 78 keluarga yang ditempatkan di 8 PPS.

Di Bachok, 235 penduduk terdiri daripada 52 keluarga di 2 PPS.

Di Pasir Puteh, 644 orang terdiri 165 keluarga di 7 PPS.

Di Machang pula, melibatkan 182 orang terdiri daripada 54 keluarga di 4 PPS dan akhir sekali Kuala Krai melibatkan 20 orang di sebuah PPS.