Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Baucer buku tulis : Beri manfaat kepada 43,000 pelajar

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR -Yayasan Pelajaran MARA memperuntuk hampir RM3 juta ringgit bagi pemberian baucer buku tulis yang bakal dilancarkan 9 Disember ini di Langkawi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia bakal memberi manfaat kepada 43,000 pelajar golongan B40 di seluruh negara.

Pemberian baucar buku tulis itu melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan masing-masing akan menerima baucar bernilai RM50 dan RM70 

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kembara Pendidikan Mara Parlimen Titiwangsa di ibu negara.

Ia sebagai usaha MARA dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan maklumat mengenai program keusahawanan dan pendidikan kepada masyarakat luar bandar dan bandar.

Datuk Seri Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa turut menyampaikan pemberian bantuan persekolahan dan sumbangan duit kepada 320 pelajar sekolah rendah dan menengah termasuk 98 anak yatim dalam kawasan Parlimennya.