Monday, December 16, 2019
updated 6:07 AM UTC, Dec 16, 2019

KTMB umum perubahan operasi perjalanan tren di Pantai Timur

  • Published in Berita Semasa

KOTA BHARU - Ekoran keadaan semasa musim tengkujuh di kawasan Pantai Timur, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perubahan melibatkan perkhidmatan tren yang bermula dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas di Kelantan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada pihak media, Tren No. 27 dari Tumpat ke JB Sentral yang dijadualkan berlepas pada 6.50 petang , sebaliknya akan bermula dari Stesen Tanah Merah pada 7.49 malam.

Para penumpang dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas diminta menaiki tren tersebut dari Stesen Tanah Merah dan digesa menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke stesen tersebut.

Perubahan itu berkuatkuasa sehingga notis terkini dikeluarkan KTMB.

Penumpang juga boleh membuat pertukaran tarikh, masa atau membatalkan perjalanan itu dan pemulangan harga tiket penuh akan diberikan bagi sebarang pembatalan tersebut.

KTMB menyeru para penumpang agar mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi tren-tren di Wilayah Timur dengan menghubungi Pusat Khidmat
Pelanggannya yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.

Maklumat juga boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter).