Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Kerajaan cadang bina laluan pejalan kaki berbumbung bagi memudahkan pejalan kaki keluar masuk dari Johor Bahru ke Singapura

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Kerajaan bercadang membina laluan pejalan kaki berbumbung, dari Bangunan Sultan Iskandar ke Tambak Johor, bagi memudahkan pejalan kaki keluar masuk dari Johor Bahru ke Singapura.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ia salah satu cadangan, hasil Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor.

Pembinaan laluan itu akan melibatkan kos 30 juta ringgit, dan perkara itu akan dibincangkan bersama kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan syarikat konsensi Plus Malaysia Berhad.

Meski Projek Sistem Rapid Transit RTS akan dilaksana, ia projek jangka panjang, manakala laluan pejalan kaki itu merupakan projek jangka pendek, yang akan dilaksana selepas sumber kewangan untuk pembinaannya dikenal pasti.

Tan Sri Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat mengenainya di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.