Monday, December 16, 2019
updated 6:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Banjir Terengganu : Lebih 2,000 penduduk di 62 PPS

  • Published in Berita Semasa

TERENGGANU - Di Terengganu; 2,098 penduduk terjejas kini ditempatkan di 62 buah PPS.

Paling ramai adalah di daerah Besut melibatkan seribu 312 orang terdiri daripada 345 keluarga.

Mereka kini ditempatkan di 31 PPS.

Di Dungun; terdapat 254 orang melibatkan 72 keluarga ditempatkan di 3 PPS.

Di HUlu Terengganu; 221 orang terdiri daripada 51 keluarga berada di 11 PPS.

Di Setiu pula; terdapat 296 penduduk di 15 PPS; dan Kuala Nerus 14 orang di 2 PPS