Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

HPPNK 2019 capai sasaran dan angkat golongan petani pergi lebih jauh

  • Published in Berita Semasa


JOHOR BAHRU, JOHOR - Melabuhkan tirainya hari ini, sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan, HPPNK 2019 berjaya mencapai sasaran dan objektif penganjurannya.

Setakat petang tadi RM26 juta nilai jualan berjaya dicapai manakala 430,000 pengunjung telah hadir.

Melihat tren itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yakin sasaran RM30 juta dan kehadiran 500,000 orang mampu di capai berikutan program berkenaan tamat pada pukul 10.00 malam ini.

Menurutnya lagi pihak kementerian sentiasa mengambil inisiatif untuk memperkasakan industri pertanian negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

HPPNK 2019 berlangsung sejak Sabtu sebagai penghargaan kepada penyumbang dalam pembangunan industri pertanian negara.