Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

TVET-TAHFIZ : Kedah tunggu maklum balas beberapa Pusat Tahfiz

  • Published in Berita Semasa

PADANG TERAP - Kedah kini sedang menunggu maklum balas daripada beberapa Pusat Tahfiz di negeri itu berhubung kursus kemahiran yang bakal dilaksanakan di dalam Program Pendidikandan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET-TAHFIZ).

Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Kedah akan bermesyuarat bersama pihak Pengurusan Tahfiz sebaik sahaja mengenalpastinya dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata ini kerana sesi pengajian akan bermula pada Januari depan.

Katanya,10 pusat Tahfiz disasarkan akan menyertai program berkenaan.

Setakat ini, Pusat Tahfiz Ahmadiah di Bedong, Gurun sudah mendaftar untuk memulakan pengajiannya di dalam kursus Pengurusan Masjid secara teknikal mengikut silibus dan kurikulum yang ditetapkan Program TVET-TAHFIZ).

Antara syaratnya termasuk pelajar berkenaan perlu berumur 16 tahun dan ke atas serta tahfiz dan hafaz Quran sekurang-kurangnya 6 juzuk.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kolej Mara Kuala Nerang di Padang Terap.