Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Pegangan JCORP dalam QSR Brands meningkat kepada 56%

  • Published in Berita Semasa

ISKANDAR PUTERI, JOHOR - Pegangan anak syarikat kerajaan negeri, Johor Corporation, JCorp dalam QSR Brands Holdings Berhad terus meningkat kepada 56 peratus ketika ini, berbanding 27 peratus pada 2012.

Ia menjadikan pelaburan JCorp di dalam syarikat yang mengendalikan restoran KFC dan Pizza Hut di Asia Tenggara kini bernilai RM3.33 bilion.

Menurut Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, 44 peratus lagi pegangan dalam QSR adalah milik CVC Capital Partners (CVC) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada masa yang sama turut menafikan spekulasi yang mengaitkan penjualan atau melupuskan kadar pelaburan JCorp dalam QSR Brands.

Minggu lalu, terdapat laporan yang menyatakan pemilik QSR Brands sedang menimbang untuk untuk menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu KFC dan Pizza Hut pada harga kira-kira RM6 bilion.

Beliau berucap semasa penggulungan Belanjawan Johor 2020 pada Persidangan DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.