Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Kesan banjir, para peniaga di kawasan bebas cukai tutup kedai lebih awal

  • Published in Berita Semasa


RANTAU PANJANG, KELANTAN - Situasi banjir di jajahan Pasir Mas turut memberi kesan kepada aktiviti perniagaan di kawasan bebas cukai pekan Rantau Panjang.

Keadaan menjadi lengang dengan kebanyakan peniaga telah mengambil inisiatif menutup kedai lebih awal biarpun air belum naik ke tahap yang membimbangkan. Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Imran Ismail memaklumkan operasi memindahkan penduduk terjejas bermula sejak awal pagi.

Kebanyakan mereka merupakan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok.