Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Ibu berpantang, kanak-kanak berkhatan dan warga emas lumpuh tetap ceria berpantang di PPS

  • Published in Berita Semasa


PASIR MAS, KELANTAN - Kanak-kanak yang baru sahaja berkhatan, ibu berpantang, serta warga emas yang lumpuh antara senario dapat dilihat di Pusat Pemindahan Sementara, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas.

Mereka di tempatkan di PPS berkenaan sejak malam tadi ekoran rumah mereka yang mula dinaiki air akibat banjir.

Seorang kanak-kanak, Mohd Akif Aidil Mohd Azani, 10 tahun yang baru sahaja berkhatan Jumaat lalu, tetap ceria dan seperti berpantang di rumah sendiri kerana mendapat bantuan ramai pihak.

Turut berpantang di PSS berkenaan, Mariam Seman, 34 tahun yang baru sahaja 30 hari melahirkan anak bongsunya, Putri Batrisya Iskandar. Mariam berkata, ini merupakan kali pertama dia terpaksa berpantang di PPS.

Manakala, seorang wanita yang lumpuh akibat diserang strok sejak setahun yang lalu, Senah Dollah, 52 tahun, bersyukur kerana sepanjang berada di PPS, agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan Negeri banyak membantunya.