Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

Cari buluh bambu buat lemang, alasan cuba rentas negeri

  • Published in Berita Semasa

MERSING, 23 Mei - Mencari buluh bambu untuk dibuat lemang antara alasan tidak munasabah diterima polis daerah Mersing untuk merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pada masa sama, ada juga yang tidak memohon surat kebenaran.

Untuk gerak Malaysia, Polis Mersing menerima 256 permohonan tetapi hanya 201 yang diluluskan kerana memberikan alasan munasabah.

Tinjauan RTM di sekatan jalan raya Kilometer 1, Endau - Rompin mendapati, sebanyak 65 kenderaan diarahkan berpatah balik.