Tuesday, July 7, 2020

updated 2:27 AM UTC, Jul 7, 2020

Negeri Sembilan: 18 sekatan jalan raya, 414 kenderaan dikompaun

  • Published in Berita Semasa

SEREMBAN, 23 Mei - Sebanyak 18 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksana di setiap sempadan di Negeri Sembilan.

Ia bagi menghalang pergerakan rentas negeri untuk pulang berhari raya di kampung tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

414 kenderaan telah dikenakan kompaun kerana kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, tindakan tegas dan kompaun akan dikenakan terhadap individu yang cuba untuk rentas negeri tanpa kebenaran.

Dalam pada itu, kontinjen Negeri Sembilan akan membuat rondaan di kawasan perumahan sempena musim perayaan ini bagi memastikan setiap rumah mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan.