Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

Jelebu kini Zon Hijau

  • Published in Berita Semasa

JELEBU, 23 Mei - Jelebu kekal sebagai daerah zon hijau berikutan tiada penambahan kes aktif COVID-19.

Ia menjadikan Jelebu daerah pertama yang diisytihar sebagai zon hijau di Negeri Sembilan.

Menurut Pegawai Daerah Jelebu, Abdul Rahim Abdul Aziz, sebelum ini daerah Jelebu mencatakan dua kes positif COVID-19 namun pesakit tersebut telah pulih sepenuhnya pada pertengahan April lalu.

Kerjasama daripada masyarakat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya di tempat tumpuan awam seperti pasar awam serta pasar raya.

Tinjauan di sekitar Kuala Klawang, Jelebu, juga mendapati jabatan kerajaan, premis perniagaan serta pasar awam beroperasi seperti biasa dan mematuhi SOP yang ditetapkan.