Wednesday, 12 August 2020

updated 9:09 AM UTC, Aug 12, 2020

PM disahkan negatif COVID-19

  • Published in Berita Semasa



KUALA LUMPUR, 22 Mei- 
Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin selama 14 hari, bermula hari ini.

Ia berdasarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19, setelah seorang pegawai yang menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet di Pejabat Perdana Menteri Rabu lalu, disahkan positif.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Perdana Menteri.

Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga diarah menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan media Pejabat Perdana Menteri.