Wednesday, May 27, 2020

updated 2:23 AM UTC, May 27, 2020

Sarawak rekod satu kes COVID-19 hari ini

  • Published in Berita Semasa


KUCHING, 22 Mei - 
Selepas hari ke-8 sifar kes COVID-19, Sarawak hari ini merekodkan satu kes positif yang berlaku di Kuching.

Menerusi kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah positif COVID-19 di Sarawak kini, sebanyak 545 kes.

Seramai empat kes baharu telah pulih dan discaj dengan tiga kes di Hospital Umum Sarawak dan satu kes Hospital Bintulu.

Jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 459 kes atau 84.22 peratus.

Seramai 203 Individu Bawah Siasatan baru dilaporkan dan 208 kes menunggu keputusan makmal.