Tuesday, July 7, 2020

updated 2:18 AM UTC, Jul 7, 2020

COVID-19: PM hargai komitmen petugas barisan hadapan

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 22 Mei - Kerajaan Malaysia menghargai kerja keras dan pengorbanan pasukan barisan hadapan yang berjaya memberi impak positif dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Jelas Tan Sri Muhyiddin perkara itu terbukti apabila keluk dalam graf kes baharu jangkitan virus tersebut, berjaya dilandaikan.

Sekaligus, meletakkan Malaysia antara negara yang memiliki kawalan serta pengurusan COVID-19 terbaik di dunia.

Pada sidang video selama setengah jam itu, Tan Sri Muhyiddin diberi taklimat mengenai gerak kerja kesemua pasukan keselamatan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Juga, kemaskini mengenai aset pengoperasian pasukan masing-masing.

Perdana Menteri secara keseluruhannya berpuas hati dan merakamkan penghargaan atas komitmen mereka mendepani wabak COVID-19, terutamanya menjelang Aidilfitri.