Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

Polis bertindak tegas terhadap yang ingkar PKP sewaktu Aidilfitri

  • Published in Berita Semasa


ALOR GAJAH, 21 Mei - 
Di Melaka, mana-mana individu yang terus ingkar dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) menjelang Aidilfitri hujung minggu ini, akan dikenakan tindakan tegas.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mat Kasim Karim menegaskan, terdapat individu yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung walaupun tanpa kebenaran.

Sepanjang musim perayaan ini, lapan sekatan jalan raya (SJR) ditempatkan di Melaka termasuk di laluan pesisir pantai melibatkan 505 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Tidak ada lagi pendekatan untuk kita membenarkan mereka patah balik."

"Kita terus akan mengambil tindakan di mana mereka akan dibawa ke balai polis dan akan diberi saman."

Beliau berkata demikian di Plaza Tol Simpang Empat, Alor Gajah.

Sepanjang tempoh PKPB, 86,169 kenderaan telah diperiksa, dan 640 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana tidak mempunyai kebenaran merentas negeri.

Selain itu, sebanyak 6,413 pemohon telah dibenarkan bagi perjalanan merentas negeri.