Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Kunjungan Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari pertama, tidak melebihi 20 orang

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Mei - Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk mengehadkan aktiviti ziarah-menziarahi untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai hanya pada hari pertama perayaan sahaja.

Walau bagaimanapun, Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, aktiviti ziarah itu hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat dan tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari.

Jumlah maksimum 20 orang sehari itu juga perlu mengambil kira saiz kediaman masing-masing bagi memastikan penjarakan sosial dapat diamalkan.

Tambah Datuk Seri Ismail, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu apa yang terjadi di Bahrain dan Amerika Syarikat berlaku di Malaysia.

Terdahulu, 16 orang daripada satu keluarga di Bahrain dijangkiti COVID-19 selepas menghadiri majlis iftar keluarga.

Hal yang sama juga berlaku di New Jersey, Amerika Syarikat, di mana 4 sekeluarga meninggal dunia akibat COVID-19 selepas menghadiri majlis anjuran keluarga.