Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Program ceria ke sekolah TNB, bantu anak-anak kurang berkemampuan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - 750 pelajar daripada keluarga B40 menerima sumbangan bantuan sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Program Ceria ke Sekolah.

Pelajar yang dipilih daripada enam buah sekolah sekitar ibu negara menerima bantuan berbentuk pakaian dan peralatan asas lengkap persekolahan.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata, ini adalah sebahagian daripada sumbangan semula syarikat kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut hadir menyerahkan sumbangan kepada pelajar tersebut.

Tahun ini, lebih sejuta ringgit disalurkan syarikat utiliti elektrik itu bagi membantu lebih lima ribu pelajar di seluruh Malaysia.