Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Petugas Parlimen jalani ujian saringan COVID-19

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Menjelang Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas, 18 Mei ini.

Kesemua petugas yang terlibat pada istiadat berkenaan, menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19, hari ini.

Ia selari Prosedur Operasi Standard, yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

Sesi ujian saringan diadakan di ruang parkir blok utama Parlimen, bermula pukul 11 pagi.

Ia dikendalikan petugas perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa.

Selain petugas parlimen, pengamal media turut menjalani ujian saringan berkenaan.

Hanya RTM dan BERNAMA sahaja terlibat membuat liputan pada hari tersebut.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata sidang parlimen bagi mesyuarat pertama, penggal ketiga, parlimen keempat belas, akan berlangsung hanya satu hari, iaitu pada 18 Mei ini.

Keputusan itu selari pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai, masih belum sesuai diadakan pada masa ini, bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Sehubungan itu, susunan kedudukan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, juga akan diubah suai mengikut amalan penjarakan sosial.

Istiadat pembukaan Parlimen akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong.

RTM selaku penyiar rasmi akan membawakan istiadat tersebut secara langsung di semua saluran berita RTM.