Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Pelajar lemas di Pusat Rekreasi Lata Bukit Hijau, Kulim berjaya ditemui Bomba

  • Published in Berita Semasa

KEDAH - Seorang pelajar ditemukan lemas di Pusat Rekreasi Lata Bukit Hijau, Kulim, pagi tadi.

Mangsa, dikenali V. Shanjay, 16 tahun, beralamat di Taman Kenanga, Sg Karangan, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 1.30 tengahari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyatan berkata, mangsa bersama 7 orang rakan sedang mandi dikawasan air terjun tersebut.

Mangsa dipercayai terjatuh semasa menaiki batu ke dalam pusaran air terjun berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim, untuk proses bedah siasat.