Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Bekalan keperluan asas mencukupi untuk Aidilfitri dan Hari Gawai

  • Published in Berita Semasa

KUCHING, 13 Mei - Bekalan gula, minyak masak dan tepung di Sarawak untuk keperluan sepanjang Ramadan, Sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai dijamin mencukupi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, dua pemborong utama yakin bekalan mencukupi untuk tempoh tiga bulan akan datang.

Pemeriksaan di peringkat pengilang, pemborong, dan peruncit turut dipertingkat bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi pada musim perayaan.

Sehingga kini, KPDNHEP telah memeriksa kira-kira 18-ribu premis perniagaan meliputi bandar dan luar bandar sejak Januari hingga Isnin lalu.

417 rampasan dilakukan membabitkan nilai lebih RM2 juta dan kompaun hampir RM110,000.