Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Kekurangan kelahiran baharu, bakal sumbang ke arah "Negara Tua"

  • Published in Berita Semasa

PERLIS - Negara mahu pun Dunia kini berdepan dengan kekurangan kelahiran baharu, yang akhirnya menyumbang ke arah ‘Negara Tua’.

Jabatan perangkaan Malaysia (DOSM) melalui data bancian yang di lakukan menunjukkan kadar kelahiran dalam sesebuah keluarga hanya seramai dua orang.

Pada 2017 kelahiran yang direkodkan melebihi 500,000 orang, manakala pada tahun 2018 menurun kepada 497,000 orang.

Pengurangan dijangka akan berlaku lagi tahun ini.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata situasi ini dilihat berpunca daripada cara hidup individu serta pasangan berkahwin masa kini.

Bagaimanapun,melalui data bancian yang di perolehi, Kelantan dan Terengganu masih mempunyai kadar kelahiran yang baik berbanding negeri lain.

Beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (BANCI 2020) negeri di Kangar, Perlis.