Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Tanaman gantian bantu pengusaha ketum bertukar kepada tanaman lain

  • Published in Berita Semasa

KUBANG PASU - Tanaman gantian bersesuaian akan dicadangkan kepada pengusaha ladang ketum di Kedah bagi membantu mereka bertukar kepada tanaman lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan perkara itu telah dibincangkan bersama Jabatan Pertanian bagi membolehkan pengusaha ketum menanam tanaman komersial sebelum pindaan Akta Racun 1952 berkuatkuasa.

Baharu-baharu ini pengusaha mahukan jaminan agar mereka masih mendapat pulangan setimpal seperti tanaman ketum.

Datuk Seri Mukhriz menyatakan demikian selepas merasmikan program Majlis Berkhatan beramai-ramai Bersama Tok Mudim di Kubang Pasu.

Sejumlah 138 hektar ladang ketum dikenalpasti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Maaysia, dengan sebahagian besarnya berada di Kedah dan Perlis.

Sebelum ini pengusaha ketum diberi amaran berdepan tindakan tegas termasuk tanah yang diusahakan ladang ketum dirampas.