Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Arab Saudi agih sumbangan iftar kepada 18 negara Islam

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Kedutaan Arab Saudi di Malaysia melalui Pejabat Atase Agamanya mengagihkan kira-kira 15,000 pek makanan Iftar Khaadimul Haramain Al-Syareefain (IFTARKHS) di seluruh negara sempena Ramadan.

Menurut Atase Agama Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian, sumbangan diagihkan kepada petugas barisan hadapan, rumah anak yatim, komuniti Rohingya, masyarakat orang asli dan komuniti Arab Saudi di negara ini.

Usaha ini merupakan sumbangan tahunan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz untuk diagihkan ke negara Islam di seluruh dunia.

Pada 23 April lalu, Raja Salman bersetuju menyediakan peruntukan tambahan 5 juta Riyal bagi menaja program berbuka puasa pada tahun ini di 18 negara Islam.

Sheikh Abdul Rahman ditemui selepas menyampaikan pek juadah berbuka puasa menerusi Program Tahunan Iftar Penjaga Dua Kota Suci sempena Ramadan Al-Mubarak kepada Pengarah Berita Ehwal Semasa, Che Rohana Che Omar di Angkasapuri.