Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Op Kesan Pengganas : 290 Warga Asing Diperiksa

CYBERJAYA  - Seramai 290 warga asing diperiksa secara rawak dalam operasi mengesan individu yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas di beberapa kawasan tumpuan warga asing di sini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata antara yang diperiksa dalam operasi yang bermula 9.30 malam semalam (Rabu) hingga 6.30 pagi hari ini termasuklah 98 penuntut asing di intitusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

Katanya kesemua mereka, yang terdiri daripada 281 lelaki dan sembilan wanita, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk semakan dengan beberapa pangkalan data pengganas termasuk Senarai Pejuang Pengganas Asing (FTF) Interpol, namun tiada yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas.

"Selepas kesemua suspek menjalani semua peringkat tapisan, kita menahan 57 warga asing terdiri daripada 54 lelaki dan tiga wanita atas kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Daripada 290 warga asing yang diperiksa 50 daripadanya warga Yaman, Pakistan dan Syria (32), Bangladesh (29), India (27), Nepal (22), Palestin (17), Sudan (10), Indonesia (tujuh), Libya dan Nigeria (enam), masing-masing lima dari Arab Saudi, Iran, Iraq dan Sri Lanka, manakala selebihnya dari negara lain, katanya.

(Sumber - Bernama)