Logo

RM1.51 bilion peruntukan BPN ditambah

BANGI, 1 Mei - Kerajaan bersetuju menambah peruntukan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM1.51 billion bagi memenuhi permohonan baharu dan rayuan yang layak.

Ia akan memanfaatkan 2.05 juta pemohon baharu dan juga mereka yang membuat rayuan.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran BPN melebihi peruntukan asal RM10 billion.

RM5.5 billion telah diagihkan kepada hampir 8 juta penerima pada fasa pertama.

Manakala fasa kedua akan mula diagihkan bermula 4 Mei ini melibatkan bayaran sebanyak RM3.68 billion kepada lebih 8 juta penerima.

Beliau bercakap kepada media selepas melancarkan Sistem Geran Khas Prihatin (GKP) di LHDN Bangi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.