Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Japen mahu kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan - Perkasa penyampaian Awam

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Jabatan Penerangan berhasrat untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi memperkasakan perkhidmatan jabatan itu kepada masyarakat, seiring perubahan teknologi dan zaman.

Ini kerana sistem penyampaian awam yang rigid, lapuk dan tidak mesra pelanggan akan menyukarkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan terbaik dari agensi kerajaan.

Dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, terdapat pelbagai bentuk inovasi yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Antaranya, dalam bentuk sketsa, pentarama dan juga bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi meluaskan skop inovasi dan kreativiti.

Terdahulu berlangsung sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan 2019 Jabatan Penerangan Malaysia di Putrajaya.

Sebanyak 10 anugerah diberikan, iaitu 4 kategori anugerah individu, 3 kategori berkumpulan dan 3 Anugerah Khas Inovasi.

Sebanyak 53 pencalonan diterima daripada seluruh negara, kategori anugerah individu dan berkumpulan.