Logo

Penumpang penerbangan KL-Sandakan jalani saringan dan kuarantin


SANDAKAN, 30 April- 
Ketua Polis Daerah Sandakan yang juga Timbalan Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata, bagi penumpang berstatus pelajar berasal dari Sandakan akan dikuarantin selama 14 hari di pusat tersebut.

Manakala pelajar dari daerah lain yang menjadikan Sandakan sebagai transit akan dipindahkan ke pusat kuarantin daerah masing-masing selepas menjalani pengambilan sampel.

Penumpang lain pula perlu melakukan pengambilan sampel di pusat sama dan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengendalikan proses pengambilan sampel terhadap penumpang tersebut. 

Beliau sebelum itu melakukan pemantauan ketibaan penumpang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sandakan.

Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur itu, merupakan penerbangan pertama ke daerah ini selepas syarikat penerbangan berkenaan, menangguhkan operasi ke Sandakan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.