Wednesday, November 20, 2019
updated 12:03 PM UTC, Nov 20, 2019

Tragedi murid lelaki maut di Tahfiz : Datuk Seri Dr Mujahid lahir rasa sedih dan kecewa

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya melahirkan rasa kecewa dan sedih atas insiden berkenaan.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap polis dapat mengetahui segera punca kematian mangsa yang baru berusia 7 tahun itu.

Datuk Seri Dr. Mujahid turut mengingatkan ibu bapa agar menghantar anak-anak ke pusat tahfiz atau sekolah pondok berdaftar.

Ia bagi memudahkan kerajaan dan Jabatan Agama Islam Negeri memantau segala kegiatan kokurikulum atau aktiviti yang dilakukan agar mematuhi piawaian dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.