Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Pelajar Tahfiz maut dengan kesan lebam : Pusat tahfiz tidak berdaftar dan baru beroperasi

  • Published in Berita Semasa

TEMERLOH - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,  Datuk Othman Nanyan mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 1 tengah hari semalam, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.

Susulan itu, polis menahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz tersebut bagi membantu siasatan kematian mangsa.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz tersebut dan kemudian membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut.

Difahamkan mangsa baru belajar sejak pertengahan Oktober lepas bersama-sama abang tirinya.

Pusat tahfiz yang beroperasi di sebuah rumah batu itu, mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini dan setakat ini hanya mempunyai empat pelajar termasuk mangsa.

Pusat tahfiz itu dikendalikan pasangan suami isteri, dengan tenaga pengajarnya ialah suami kepada warden tersebut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.