Wednesday, November 20, 2019
updated 12:18 PM UTC, Nov 20, 2019

Pelajar tahfiz maut : Tiada kesan lebam dikesan ketika mangsa pulang bercuti

  • Published in Berita Semasa

TEMERLOH - Ibu tiri kepada pelajar pusat tahfiz berusia tujuh tahun yang meninggal dunia semalam menyatakan mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda kurang sihat ketika pulang bercuti pada hujung minggu lalu.

Jelas Asmaliza Ahmad, 39 tahun, dia juga tidak menyedari jika anak tirinya.. Mohammad Aimin Nurul Amin, mempunyai kesan lebam pada badan.

Ketika ditemui wartawan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Asmaliza memberitahu Aimin hanya ada kesan kudis pada badannya.

Suaminya menghantar Aimin bersama abang tirinya ke pusat tahfiz tersebut kerana minat mereka untuk belajar agama.

Sementara itu, Datuk mangsa, Abdul Rahman Yusuf berkata dia pada mulanya tidak mempercayai berita kematian cucunya itu, namun akur dengan kehendak Ilahi.

 Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung Charuk Puting hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dihantar ke sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar di Lanchang, Temerloh, maut dengan kesan lebam pada tubuhnya.