Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Program Food Bank Negeri Sembilan : lebih ramai penyumbang diperlukan

  • Published in Berita Semasa

NEGERI SEMBILAN - Seramai 21 penyumbang telah menyertai program Food Bank di Negeri Sembilan dengan jumlah kutipan sebanyak 156,476 kilogram barangan yang telah dimanfaatkan 22,472 orang penerima di Negeri itu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan menyeru agar lebih ramai sukarelawan dan penyumbang menyertai program Food Bank yang diadakan sepanjang tahun.

Menurut Veeerapan antara penyumbang terbesar program Food Bank Negeri Sembilan merupakan pasaraya-pasaraya besar.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan Tinjauan mesra Food Bank Malaysia Peringkat Daerah Tampin di sebuah pasar raya di Tampin.

Program tersebut bertujuan memberi penerangan berkaitan demontrasi pengasingan barangan terpilih yang akan diberi kepada golongan sasar di Tampin.

Dalam pada itu, pihaknya bercadang untuk mewujudkan satu tempat pengumpulan barangan untuk diagihkan ke setiap daerah yang akan dimulakan di daerah Seremban.