Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Enam buah rumah hangus dalam kebakaran di Tumpat Kelantan

  • Published in Berita Semasa

TUMPAT - Enam buah rumah hangus dalam kebakaran di Jalan Kampung Laut, Tumpat Kelantan yang dilaporkan berlaku pada pukul 10.50 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kelantan memberitahu pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian bergegas ke lokasi dan tiba sekitar pukul 11.05 pagi.

Operasi memadam kebakaran diketuai oleh Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II, Syobirin Abd. Kadir bersama 36 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, BBP Pengkalan Kubor, BBP Wakaf Bharu dan BBP Kota Bharu.

Selain itu, pihak JBPM turut dibantu oleh empat anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Api berjaya dikawal pada pukul 11.35 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut.