Friday, December 13, 2019
updated 2:49 PM UTC, Dec 13, 2019

Laporan Peningkatan populasi khinzir liar di Melaka, PERHILITAN diarah buat kajian sahkan laporan sebelum tindakan diambil

  • Published in Berita Semasa

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mahu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, PERHILITAN melakukan kajian bagi mengesahkan sama ada berlaku peningkatan populasi khinzir liar di negeri itu.

Hanya selepas perkara itu disahkan, satu langkah akan dilaksana bagi mengawal populasi khinzir liar.

Beliau mengulas laporan media mengenai peningkatan sekali ganda populasi khinzir liar di negeri itu yang mencapai tahap membimbangkan berbanding tahun lalu.

PERHILITAN Melaka dilaporkan menerima 483 aduan penduduk dalam tempoh lima tahun berikutan ancaman khinzir liar.