Monday, December 9, 2019
updated 5:14 AM UTC, Dec 9, 2019

Aplikasi Respons Rakyat : Mudahkan urusan rakyat salur aduan kepada pemimpin

  • Published in Berita Semasa

MELAKA - Aplikasi Respon Rakyat Melaka menjadi medium baharu kerajaan negeri untuk mengumpulkan aduan rakyat dengan cara yang lebih kondusif.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, aplikasi itu merupakan kaedah baru bagi menggantikan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Ujarnya, aplikasi yang dibina seiring dengan arus kemodenan rakyat itu dijangka dapat memudahkan urusan orang ramai dalam menyalurkan aduan kepada pemimpin.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui selepas perasmian aplikasi berkenaan di Tanjung Kling.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan dan Ketua Pengarah Biro Aduan Awam Jabatan Perdana Menteri, Datuk H.S Harjeet Singh.

Biarpun begitu tambah Adly lagi, Hari Bertemu Rakyat (HBR) tetap akan diadakan.

Sehingga 31 Oktober 2019 kerjaan negeri terima tiga ribu 810 aduan menerusi HBR .