Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

PM - MRT Titik Permulaan Lebih Banyak Projek Infra-rakyat

KUALA LUMPUR  - Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak projek 'infra-rakyat' di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelbagai lagi projek akan dilaksanakan termasuk MRT kedua laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya; LRT3 Bandar Utama-Johan Setia; kereta api ke Pantai Timur; Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura; serta menaik taraf sistem monorail dan KTM.

"Ini semua akan dilaksanakan pihak kerajaan, apatah lagi apabila MRT3 atau MRT circle line siap, bererti menjelang tahun 2027 nanti, kita akan menyaksikan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang bersepadu sepenuhnya. Inilah impian kita.

"Berdasarkan rekod prestasi, kita (kerajaan) akan dapat memenuhi objektif ini," katanya ketika merasmikan Fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di stesen bawah tanah, Tun Razak Exchange.

(Sumber - Bernama)