Wednesday, May 27, 2020

updated 7:18 AM UTC, May 27, 2020

Platform digital E-Bazar Ramadan Selangor GRAB inisiatif baharu jana pendapatan peniaga

  • Published in Berita Semasa

SELANGOR, 8 April - Susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan tahun ini oleh Kerajaan Negeri Selangor, satu inisiatif baharu telah diambil dengan membina ekosistem keusahawanan baharu.

Ia melalui kerjasama syarikat penghantaran, Grab Malaysia yang membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan.

Jelas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, platform digital tersebut dinamakan E-Bazar Ramadan Selangor GRAB memberi peluang rakyat negeri itu membeli juadah dalam talian.

Konsep bazar digital itu hanya membenarkan pembelian melalui aplikasi GRAB dan akan mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 15 lokasi telah dikenal pasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat dan ia akan diuruskan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Datuk Seri Amirudin turut yakin usaha sama strategik awam swasta ini amat diperlukan ketika ini.