Sunday, May 31, 2020

updated 1:37 PM UTC, May 30, 2020

Portal Sebenarnya.My perjelas dan nafi kandungan yang tular

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 8 April - Sebanyak 23 kandungan berita palsu berkaitan COVID-19 di Johor yang diperoleh daripada pelbagai sumber telah dinafi, dijelaskan dan diberi peringatan dalam portal Sebenarnya.My.

Dua kertas siasatan pula telah dibuka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia negeri berkaitan kandungan bersifat palsu dan jelik.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan melalui satu kenyataan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan COVID-19 yang boleh menimbulkan panik dan menjejaskan ketenteraman awam.

Dalam perkembangan sama, sehingga semalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor telah melaksanakan operasi sanitasi awam di 343 lokasi.

Operasi melibatkan pasar awam, terminal bas dan teksi, bangunan kerajaan serta stesen minyak.

Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan pula sedikit menurun, iaitu 97.02% semalam, berbanding 97.09%, berbanding Isnin lalu.