Saturday, May 30, 2020

updated 1:37 PM UTC, May 30, 2020

PKP Fasa 2 : Kepatuhan orang ramai, melancarkan operasi sekatan jalan raya

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR, 7 April - Aliran trafik yang rendah di beberapa lokasi utama ibu negara memperlihatkan kepatuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan.

Ikuti laporan wartawan Shariffudin Arsad yang membuat tinjuan PKP yang masuk hari ke -21.

Antara lokasi yang manjadi tumpuan ialah jalan Loke Yew, Monorail bukit Bintang dan Lebuh raya Counnaught.

Kesemua kawasan berkenaan menyaksikan aliran trafik lengang.

Sekatan jalan raya yang dilakukan oleh anggota Polis dan Tentera mengikut SOP yang di tetapkan dengan pemeriksaan setiap kenderaan meliputi pemandu dan muatan.

Seperti yang dimaklumkan; memasuki fasa kedua anggota bertugas melakukan pemeriksaan lebih ketat dan tegas.

Malah mereka yang bekerja juga turut diminta membawa bersama surat majikan.

Pematuhan tersebut meliputi kenderaan perseorangan, industri dan E-hailing.

Langkah ini bagi memutuskan rangkaian penularan wabak Covid 19 dan pencegahan penyeludup.