Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

Lokasi PKPD ke-4 : Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR, 7 April - Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India Kuala Lumpur menjadi lokasi ke-empat menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD).

Perintah tersebut berkuatkuasa hari ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni setelah Kementerian Kesihatan mengesahkan 15 kes positif jangkitan COVID-19.

Dengan pelaksanaan perintah itu, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.

Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan di bangunan tersebut.

Bagi pelaksanaan perintah berkenaan, semua penghuni diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari Kementerian Kesihatan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP DBKL di nombor talian tertera.