Sunday, May 31, 2020

updated 1:37 PM UTC, May 30, 2020

666 Operasi sanitasi sudah dilaksana di 79 zon, semua zon merah sudah dinyah kuman

  • Published in Berita Semasa

 

PUTRAJAYA, 7 April - Semua kawasan zon merah sudah dilaksanakan proses nyah kuman dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Ops Sanitasi Awam di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan 666 operasi nyah kuman di 79 zon termasuk 18 Zon Merah dan 21 Zon Jingga.

Jelasnya lagi sehingga semalam sebanyak 102 operasi sanitasi meliputi 48 zon di 13 negeri dilakukan termasuk 31 kawasan di Johor dan 14 di Kuala Lumpur.