Saturday, May 30, 2020

updated 1:37 PM UTC, May 30, 2020

Melaka cadang wujud pangkalan data pertanian, atasi masalah lambakan hasil pertanian dan penternakan

  • Published in Berita Semasa

MELAKA, 7 April - Kerajaan Negeri Melaka mencadangkan satu pangkalan data sistematik diwujudkan bagi mengatasi masalah lambakan bahan mentah makanan termasuk ikan dan sayuran di negara ini.

Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, pangkalan data itu akan diselia oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Ia dijangka dapat membantu golongan petani, penternak dan nelayan menjual hasil mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Datuk Norhizam berkata, pangkalan data berkenaan akan memuat naik senarai keperluan bahan mentah di setiap negeri.

Manakala negeri yang mempunyai lebihan bahan itu boleh menghantar bekalan ke kawasan yang memerlukan.

Tambahnya, kaedah itu juga dapat membantu golongan petani menambah pendapatan.

Beliau ditemui media selepas mengagih 4,500 kit makanan di Pengkalan Batu, Melaka.